BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Wednesday, July 27, 2011

andai kebetulan itu masih ada..


segala yang berlayar difikiran kini hanya rasa itu

apa yang bermain dilayar mata ini hanya kenangan itu

semua bunyi melintasi pendengaranku hanya suara itu

setiap sentuhan jemari ini hanya indah dalam khyalan itu

cukuplah…

aku ingin rasa bebas…

aku mahu mengibar sayap kebebasan…

aku ingin mengukir senyuman…

aku mahu rasa kemanisan senyumanku…

segala yang aku jalani kini sentiasa untukmu

apa yang ada dihadapan diriku ini seolah hadir dirimu

semua terjadi dan terus terjadi tanpamu

setiap langit malamku kini tanpa bintangmu

sudahlah…

kita tetap terpisah jarak dan waktu…

kita pasti akan mengejar impian itu…

kita tetap dengan perhentian yang menunggu…

kita pasti ia terjadi bila setia disitu…

andai kebetulan itu masih ada, aku akan menanti jalan yang menemukan kita.

Sunday, July 10, 2011

bilang rindu

Selalu aku mencari dimana letaknya kasih sayangmu..

Selalu aku menunggu akan ketibaanmu..

Selalu aku cuba bertahan untuk tidak berpaling darimu…

Hati ini sudah seringkali bertahan untukmu..

Hati ini sudah puas merinduimu..

Hati ini sudah pedih mencintaimu..











Masih dirimu tak mampu aku bertemu..

Masih dirimu jauh terpisah waktu..

Masih dirimu melangkah ke jalan itu..

Menantimu disini setia aku berdiri kaku..

Menantimu disini berjalan kearahku..

Menantimu disini ucapkan kau rindu..

Friday, July 8, 2011

tak terluahkan

Malam ini aku tiba-tiba merasa sunyi dan sepi… Duduk dibirai katil sambil melihat lantai. Hanya itu aku mampu lakukan.. Fikiran merawang ke awangan.. Aku rindu mahu melukis.. rindu?? melukis?? Apa ni?? Lalu ku capai sketch book dan pensil.. Pergi ke helaian kosong dan mula mencontengkan sesuatu.. hanya mengikut irama alunan tangan ini.. aku melihat lukisan itu.. Apa ni?? siapa yang aku lukis ni??.. Mengimbau sejenak watak-watak dalam lembaran kehidupanku.. Kini aku sedar, aku sedang mencuba untuk melukis wajahnya.. Aku meneruskan lakaranku...

Lakar.. padam... lakar.. padam... lakar.. padam... lakar.. padam...











Mengapa lukisan ini terasa kosong dan tiada wajah? Aku lupa... Adakah aku lupa? Ya.. aku lupa matanya, aku lupa hidungnya, aku lupa akan rambutnya...

Mengapa hanya senyuman itu yang ada? Hanya bibir itu tersenyum padaku..

Tidak! Mustahil!! Bagaimana aku hampir melupakan insan yang aku cintai?! Sedangkan dia masih merajai hati??...... Aku tertunduk melihat lukisan yang sedang tersenyum itu.

Aku faham mengapa aku tidak mampu melukis wajahnya.. aku faham kenapa aku lupa wajahnya.. Kerana kini aku hanya mampu mendengar suaranya dan mendengar gerak bibirnya menuturkan kata cinta.. Aku tidak lupakan dia sebenarnya...

Lakaran wajahnya sentiasa terpateri di dalam hatiku.. Cuma ianya tidak mampu untuk aku luahkan melalui gerakan alunan tanganku...

Seperti cinta yang sentiasa ada di dalam hatiku buatnya.. Tidak mampu aku luahkan kepadanya.. kerana kini dia tiada disisi..

Monday, July 4, 2011

mainkan irama nyanyianku..

Hatiku..

Bernyanyi lagu-lagu cinta

Musim bunga yang tidak pernah tamat

Dalam hatiku ada dia seorang

Memainkan irama dalam nyanyianku


Rinduku..

Selalu temaniku tika tiada siapa disisi

Memberi pedih pada rasa

Namun terasa manis pada hati

Jauh mendengar bisikan hatinya

Dia juga rasakan rindu


Cintaku..

Hiasi lembaran kehidupanku

Mencuba setia pada cintanya

Menanti saat itu tiba

Untuk aku ukirkan senyuman

Tika coretan kisah itu bermula


Hatiku... rinduku... cintaku...

Hanya akan hadir untuk dirinya...

"mari kita lumba, siapa sampai kat puncak dulu!!"

Aku merenung awan yang sungguh luas... biru... begitu indah melihat awan putih perlahan tercarik ditiup angin. Memandang kehijauan daun pohon mangga tiada buahnya. Hanya renungan mata disebalik jendela melihat semua yang indah. Tapi diriku kini hanya berada ditepi sebuah meja duduk termemung menghitung hari. Mengenang kembali kisah kecilku, pokok itulah menjadi lokasi utama setiap kali aku bermain dan berkejaran. Sudah lama aku tinggalkan dahan itu, tiada sudah buaian kecil dulu, kini ia terasa begitu jauh dan tidak mampu untuk aku hampiri meskipun ia berada dihadapanku. Keriangan kami bermain dan bernyanyi kini hanya kedengaran dalam hati...


“mari kita lumba, siapa sampai kat puncak dulu!!”

Kemudian tiga orang budak kecil itu berlari memanjat sebatang pokok hingga kepuncaknya. Aku tersenyum tika menyedari aku salah seorang daripada mereka.

Aku selalu menjadi mangsa terjatuh, terluka dan orang yang selalu akan pulang ke rumah dan mengadu pada ibu dengan sisa tangisan. Ibu pula hanya akan memarahi kedua mereka dan sehingga itu mereka tidak pernah peduli. Zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Tiada kerisauan... tiada kesedihan... dan tiada kehilangan. Hanya tersenyum dan puas dengan tawa ria.

Semuanya tinggal memori yang terpateri dalam kamus hidup seorang gadis seperti aku...

Saturday, July 2, 2011

kini aku seorang gadis...

kini aku seorang gadis
meninggalkan sisa kisah yang lalu
menyusuri tepian pantai dihatiku
mendengar irama alunan pasir
dihempas ombak lautan biru

kini aku seorang gadis
sudah tidak bisa bermain
semua mata melihat memandang
tiada sudah indah senyuman
yang ku kuntum tiada manis

kini aku seorang gadis
menyarung selendang menghias kepala
baju kurung tersalut ditubuh
langkah tersusun tiada celah
semua mahu aku begitu

kini aku seorang gadis
menjadi tumpuan ibu dan ayah
kata mereka sudah lumrah
yang perlu ku lalui hari mendatang
untuk aku kecapi bahagia

kerana aku kini seorang gadis