BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Friday, July 8, 2011

tak terluahkan

Malam ini aku tiba-tiba merasa sunyi dan sepi… Duduk dibirai katil sambil melihat lantai. Hanya itu aku mampu lakukan.. Fikiran merawang ke awangan.. Aku rindu mahu melukis.. rindu?? melukis?? Apa ni?? Lalu ku capai sketch book dan pensil.. Pergi ke helaian kosong dan mula mencontengkan sesuatu.. hanya mengikut irama alunan tangan ini.. aku melihat lukisan itu.. Apa ni?? siapa yang aku lukis ni??.. Mengimbau sejenak watak-watak dalam lembaran kehidupanku.. Kini aku sedar, aku sedang mencuba untuk melukis wajahnya.. Aku meneruskan lakaranku...

Lakar.. padam... lakar.. padam... lakar.. padam... lakar.. padam...











Mengapa lukisan ini terasa kosong dan tiada wajah? Aku lupa... Adakah aku lupa? Ya.. aku lupa matanya, aku lupa hidungnya, aku lupa akan rambutnya...

Mengapa hanya senyuman itu yang ada? Hanya bibir itu tersenyum padaku..

Tidak! Mustahil!! Bagaimana aku hampir melupakan insan yang aku cintai?! Sedangkan dia masih merajai hati??...... Aku tertunduk melihat lukisan yang sedang tersenyum itu.

Aku faham mengapa aku tidak mampu melukis wajahnya.. aku faham kenapa aku lupa wajahnya.. Kerana kini aku hanya mampu mendengar suaranya dan mendengar gerak bibirnya menuturkan kata cinta.. Aku tidak lupakan dia sebenarnya...

Lakaran wajahnya sentiasa terpateri di dalam hatiku.. Cuma ianya tidak mampu untuk aku luahkan melalui gerakan alunan tanganku...

Seperti cinta yang sentiasa ada di dalam hatiku buatnya.. Tidak mampu aku luahkan kepadanya.. kerana kini dia tiada disisi..