BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Monday, September 5, 2011

kisah cinta tiga segi berganda tiga..


aku mungkin seorang pendengar yang baik.. mereka selalu bercerita lalu meminta nasihatku.. namun setelah itu segala pendapatku hanya sia-sia tanpa mereka pedulikan lagi.. tapi aku suka begitu kerana nanti tiada siapa akan menyalahkan aku..

satu kisah cinta tiga segi berganda tiga yang melucukan.. ianya terjadi keatas enam orang sahabatku.. biar aku perkenalkan mereka..

watak perempuan adalah...

1) izwa : geng satu kepalaku yang comel dan diminati ramai..

2) rya : pernah menjadi temanku pulang daripada sekolah dan aku banyak terhutang budi dengannya

watak lelakinya pula...

1) lei : kekasih wawa pada saat ini, seorang yang lucu kadangkala mampu membuat aku pecah perut

2) azim : bekas kekasih wawa yang sangat menyayangi wawa sehingga sanggup membunuh diri..

3) zam : bekas kekasih rya hasil karya aku sebagai orang tengah juga merangkap ex-classmate-ku..

4) akim : sahabatku yang baik hati dan sedikit memahami serta mengenaliku..


setiap mereka sering menghubungiku melalui SMS dan kadangkala kami bertemu di sekolah..

biar aku ingat semula kisah-kisahnya ya...