BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Sunday, August 5, 2012

tabung rinduku pecah...

aku punya seseorang yang sangat aku hargai.. tapi kini dirinya jauh terpisah dariku.. setiap saat aku merindui dirinya.. setiap hari aku terasa mahu menghubunginya.. selalu aku mahu menjaga hatinya yang dulu pernah luka..

entah mengapa baru-baru ni tiba-tiba sahaja aku kehilangan satu rasa terhadap dirinya.. sekali dia menghubungiku tidak membuat senyumanku menguntum.. sekali dia kata rindukan diriku tidak hadir rinduku padanya.. terlalu lama masa berlalu meninggalkan kami berdua berdiri disitu.. sehingga aku sudah terlalu lama merinduinya..

nilai simpanan rinduku kini sudah mencapai had maksimumnya.. rindu yang aku pendam benar-benar sudah tidak mampu terbendung lagi.. kini tabung rinduku tidak mampu aku selamatkan.. sesaat hati pedih menahan retakan tabung rindu.. perlahan satu demi satu rindu terlepas dari pandangan jauh melayang.. aku kehilangan rinduku.. aku tiba-tiba tidak tahu bagaimana untuk merindu..