BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Wednesday, July 18, 2012

sempurna dalam sederhana...

     Aku pernah katakan pada seseorang... bila sesuatu yang kita miliki selama ini hilang dan hanya pada saat itulah kita ketahui betapa ianya sungguh bermakna pada kita... sungguh aku berkata, sedangkan aku sendiri telah kehilangan... mungkin aku sudah terlalu penat untuk mengejar sesuatu yang belum pasti... semakin laju aku melangkah malah berlari... ia hanya buat aku jatuh tersungkur... yang tinggal adalah luka berdarah... tetapi rasa sakit pada luka itu masih tidak dapat dibandingkan dengan perasaan aku yang kini seolah diberi ubat pelali agar tiada sudah rasa dan deria... tiada tempat untuk aku berpaut dan meluahkan kata... aku merasa diri ini tersesat... tempat dimana tiada siapa mengenaliku dan memahami diriku... semakin aku melangkah, seolah aku semakin kecil... semua yang ada disekitar begitu besar dan kelihatan berani menghadapi jalan ini... aku seperti si pengecut yang sudah berputus asa untuk teruskan peperangan ini... aku seperti tidak inginkan garisan penamat itu... aku tidak mahu sorakan itu... aku hanya ingin mencipta jalan cerita aku sendiri... aku hanya ingin berjalan diatas jalan lurus yang orang anggapkan hanya si BODOH yang akan melaluinya... aku sebenarnya tidak takut untuk bersendirian... jalan itu bukanlah membawa kearah jalan mati mahupun jalan gelap tanpa cahaya... mereka cuma merasakan ianya jalan yang mudah... dan kerana rasa ego yang tinggi dalam hati yang cuba disembunyikan... mereka lebih rela memilih jalan yang ada banyak simpangnya... adakah mereka tidak tahu ataupun buat tidak tahu bahawa bukan calang-calang orang yang berjaya mengharungi jalan itu... disebabkan itulah ramai yang jatuh dan hampir membunuh diri... aku bencikan risiko yang memberikan aku peratusan terendah untuk terus hidup... alangkah indahnya hidup jika segalanya hanya sederhana... tidak tinggi mahupun rendah... aku impikan kehidupan yang begitu... tapi aku tidak mahu kongsikan kehidupan itu kerana level ketamakanku juga agak sederhana dan bukan tiada... sebenarnya... topik agak menyimpang dari arah laluan sebenar sekarang... aku memang suka membebel tapi tidak SANGAT... kembali pada topik kehilangan... aku actualy... telah kehilangan masa... detik... waktu... bagaimana harus dihuraikan ya?? Aku sebenarnya sudah berusaha sedaya upaya... semampu kudrat... sehingga keringat yang terakhir... namun aku kurang berpuas hati dengan prestasiku... aku bodoh atau aku lemah juga aku keliru yang mana satu adalah aku... aku rasa terlalu membebel sehingga kurang difahami... tapi tidak mengapa at least aku sudah katakannya... sedikit lega... :)

0 kini temui cinta: