BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dulu aku tidak pernah sedar betapa hidup ini sungguh bermakna...

Sunday, September 16, 2012

Budak Aqua jual ikan da~

Ini ikan yang aku nak jual..sizenya~ 1inch, dan 1/2 inch..ini ikan tilapia merah namanya.. :) so cute..




 Disinilah tempat aku bertungkus lumus feeding ikan kesayanganku nie semua..hope for the best.. :)


Ikan oh ikan kenapa engkau comel?
Macam mana aku tak comel, tuan saya pun comel juga..

haha inilah dia kalau sudah namanya kos Aquaculture~ hehe setiap hari ikan saja..pegi mana2 pun asyik teringatkan ikan..macam mana mau lupa? sudah hidup ni tentang ikan ja..haha..apa pun ladang kongsi kali ni mesti mau dapat banyak pendapatan..jum jual ikan.. jadi sesiapa yang berminat tu boleh hubungi sy d blog ini juga.. :) selamat berurus niaga.. :)

p/s : mula berniaga nie~

Tuesday, September 4, 2012

akan di kenang nie~


Masuk sudah sem3 ni..banyaknya stdent baru yg bru dftar..huhu aku dah jdi senior ler..hehe..diatas kesabaran ni jg la mampu jg ku lalui semua halangan..mempunyai ketua unit yg memahami dan sporting gila mmg best..aku dgn kwn2 seunit gelar dia Boss haha..Boss yg sempoi n lucu..sebelum minggu suai mesra ni mula slalu aku dgn kwn2 merungut dpt ketua yg kununnya pada 1st sight adalah sombong gitu..akhirnya kmi dah slh menilai c Boss..hehe..dpt unit ni mmg xkan lapar punya..yg best lg x bnyak keja nak buat..x menyesal aku ikut program ni..bnyk kenalan baru yg brguna dimasa akan dtg hehe..anyway want to say thanks alot to Boss sbb dah jaga kmi dgn jayanya..

~bak kata abang siswa.. kau cool saja.. kekalkan momentum kebahagiaan~

p/s: ladang kongsi jgn dilupakan.. :(

Sunday, August 5, 2012

tabung rinduku pecah...

aku punya seseorang yang sangat aku hargai.. tapi kini dirinya jauh terpisah dariku.. setiap saat aku merindui dirinya.. setiap hari aku terasa mahu menghubunginya.. selalu aku mahu menjaga hatinya yang dulu pernah luka..

entah mengapa baru-baru ni tiba-tiba sahaja aku kehilangan satu rasa terhadap dirinya.. sekali dia menghubungiku tidak membuat senyumanku menguntum.. sekali dia kata rindukan diriku tidak hadir rinduku padanya.. terlalu lama masa berlalu meninggalkan kami berdua berdiri disitu.. sehingga aku sudah terlalu lama merinduinya..

nilai simpanan rinduku kini sudah mencapai had maksimumnya.. rindu yang aku pendam benar-benar sudah tidak mampu terbendung lagi.. kini tabung rinduku tidak mampu aku selamatkan.. sesaat hati pedih menahan retakan tabung rindu.. perlahan satu demi satu rindu terlepas dari pandangan jauh melayang.. aku kehilangan rinduku.. aku tiba-tiba tidak tahu bagaimana untuk merindu..

Wednesday, July 18, 2012

sempurna dalam sederhana...

     Aku pernah katakan pada seseorang... bila sesuatu yang kita miliki selama ini hilang dan hanya pada saat itulah kita ketahui betapa ianya sungguh bermakna pada kita... sungguh aku berkata, sedangkan aku sendiri telah kehilangan... mungkin aku sudah terlalu penat untuk mengejar sesuatu yang belum pasti... semakin laju aku melangkah malah berlari... ia hanya buat aku jatuh tersungkur... yang tinggal adalah luka berdarah... tetapi rasa sakit pada luka itu masih tidak dapat dibandingkan dengan perasaan aku yang kini seolah diberi ubat pelali agar tiada sudah rasa dan deria... tiada tempat untuk aku berpaut dan meluahkan kata... aku merasa diri ini tersesat... tempat dimana tiada siapa mengenaliku dan memahami diriku... semakin aku melangkah, seolah aku semakin kecil... semua yang ada disekitar begitu besar dan kelihatan berani menghadapi jalan ini... aku seperti si pengecut yang sudah berputus asa untuk teruskan peperangan ini... aku seperti tidak inginkan garisan penamat itu... aku tidak mahu sorakan itu... aku hanya ingin mencipta jalan cerita aku sendiri... aku hanya ingin berjalan diatas jalan lurus yang orang anggapkan hanya si BODOH yang akan melaluinya... aku sebenarnya tidak takut untuk bersendirian... jalan itu bukanlah membawa kearah jalan mati mahupun jalan gelap tanpa cahaya... mereka cuma merasakan ianya jalan yang mudah... dan kerana rasa ego yang tinggi dalam hati yang cuba disembunyikan... mereka lebih rela memilih jalan yang ada banyak simpangnya... adakah mereka tidak tahu ataupun buat tidak tahu bahawa bukan calang-calang orang yang berjaya mengharungi jalan itu... disebabkan itulah ramai yang jatuh dan hampir membunuh diri... aku bencikan risiko yang memberikan aku peratusan terendah untuk terus hidup... alangkah indahnya hidup jika segalanya hanya sederhana... tidak tinggi mahupun rendah... aku impikan kehidupan yang begitu... tapi aku tidak mahu kongsikan kehidupan itu kerana level ketamakanku juga agak sederhana dan bukan tiada... sebenarnya... topik agak menyimpang dari arah laluan sebenar sekarang... aku memang suka membebel tapi tidak SANGAT... kembali pada topik kehilangan... aku actualy... telah kehilangan masa... detik... waktu... bagaimana harus dihuraikan ya?? Aku sebenarnya sudah berusaha sedaya upaya... semampu kudrat... sehingga keringat yang terakhir... namun aku kurang berpuas hati dengan prestasiku... aku bodoh atau aku lemah juga aku keliru yang mana satu adalah aku... aku rasa terlalu membebel sehingga kurang difahami... tapi tidak mengapa at least aku sudah katakannya... sedikit lega... :)